Pertempuran Midway
Pertempuran Midway

Pertempuran Midway


Pertempuran Midway merupakan salah satu pertempuran laut yang paling penting di kancah Perang Pasifik semasa Perang Dunia II. Pertempuran ini berlaku dari 4 Jun hingga 7 Jun 1942, kira-kira sebulan selepas Pertempuran Laut Karang, hampir lima bulan selepas penaklukan Jepun terhadap Kepulauan Wake, dan enam bulan selepas serangan Empayar Jepun terhadap Pearl Harbor yang memulakan peperangan rasmi antara Amerika Syarikat dengan Jepun. Semasa pertempuran ini, Tentera Laut Amerika Syarikat mengalahkan serangan Jepun terhadap Atol Midway (terletak di barat laut Kepulauan Hawaii) dan memusnahkan empat kapal induk Jepun dan penjajap berat berbanding sebuah kapal induk dan kapal pemusnah di pihaknya.Pertempuran ini merupakan kekalahan hebat bagi Jepun dan dianggap secara umum sebagai pertempuran laut paling penting dalam Perang Dunia II. Pertempuran ini melemahkan tentera laut Jepun secara kekal, terutamanya dengan kehilangan lebih 200 juruterbang tentera laut [2]. Kekuatan industri Amerika membolehkannya menggantikan kapal-kapalnya yang musnah dengan segera, namun Jepun tidak mampu berbuat demikian. Secara strategik, tentera laut A.S. berjaya merampas penguasaan di Pasifik dan membolehkannya mengambil tindakan menyerang.Rancangan serangan Jepun adalah mengumpan kapal induk Amerika yang masih terselamat ke dalam perangkap dan menenggelamkannya [3]. Tentera Jepun turut berniat untuk menduduki Atol Midway bagi melanjutkan barisan pertahanan Jepun lebih jauh dari kepulauan tanah airnya. Operasi ini dianggap persediaan bagi serangan lanjut terhadap Fiji dan Samoa, serta penjajahan Hawaii [4] .Sekiranya tentera Jepun menguasai Midway, ia akan kekal gah di Pasifik sehingga sekurang-kurangnya 1943, dan melemahkan A.S. Jepun berharap untuk memaksa A.S. berunding untuk penamatan Perang Pasifik dengan syarat yang menguntungkan terhadap Jepun [5]. Operasi ini, seperti serangan terhadap Pearl Harbor, bukan merupakan kempen untuk menakluk Amerika Syarikat, cuma untuk mendapat kuasa strategik Pasifik, dan memudahkannya menubuhkan Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya (Greater East Asia Co-Prosperity Sphere)